Rabu, 11 Ogos 2010

AHLI KUMPULAN



Dari atas kiri :
NOR IZZAYANTI BT NORDIN, OOI MIN JIE, SANDY CHEW SHU YEN, ONG HUI JUIAN, JUMIATI BINTI AHMAD

Dari bawah kiri :
PHILISSA ESTHER IAN ANAK JINOL, ELSEY ANAK KEN, NOR SUHAILA BINTI MEHAD, SEAH YEE TENG

Selasa, 10 Ogos 2010

PENGENALAN

Moral ialah tingkah laku manusia yang telah ditentukan oleh etika,iaitu sama ada baik atau buruk.Kemoralan merupakan sesuatu yang berkait dengan peraturan-peraturan masyarakat yang diwujudkan di luar kawalan individu. Didikan moral seharusnya diterapkan dalam diri seseorang semenjak kecil lagi. Tanpa didikan moral seseorang itu mudah terjerumus dalam gejala negatif seperti seks bebas,pembuangan bayi dan sebagainya.Tidak dapat dinafikan lagi bahawa didikan moral memainkan peranan penting dalam membentuk sahsiah diri seseorang.


LILY WONG
206293

Isnin, 9 Ogos 2010

KEPENTINGAN DIDIKAN MORAL

Didikan moral bertujuan untuk melahirkan pelajar yang berilmu pengetahuan,peribadi mulia serta rela dan sanggup berbakti kepada masyarakat dan negara.Generasi muda yang dipupuk dengan nilai moral dapat mematuhi semua peraturan atau norma yang ditetapkan oleh masyarakat. Amalan nilai-nilai murni dapat membentuk pelajar yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek.


ELSEY ANAK KEN
206314

Ahad, 8 Ogos 2010

ELEMEN PENTING DALAM BIDANG PENDIDIKAN

Pihak kerajaan memainkan peranan penting dalam bidang pendidikan. Penggredan universiti oleh Kementerian Pendidikan adalah satu langkah positif dan telah menunjukkan komitmen kerajaan bagi meningkatkan kualiti pendidikan selaras dengan wawasan 2020 untuk mencapai pendidikan bertaraf antarabangsa.Pihak kerajaan juga telah memperkenalkan pelbagai usaha bagi mencapai matlamat tersebut dengan melakukan pengisian elemen moral di sekolah-sekolah.Justeru,didikan moral dalam kalangan pelajar dapat dipertingkatkan.


SANDY CHEW SHU YEN
206235

Sabtu, 7 Ogos 2010

PERANAN GURU PENDIDIKAN MORAL DI SEKOLAH

Guru pendidikan moral di sekolah mempunyai tanggungjawab yang penting dalam mendidik pelajar untuk membentuk sahsiah diri pelajar.Arus teknologi maklumat yang semakin menggila memudahkan lagi pelajar terjebak dengan gejala negatif. Disinilah kita memerlukan didikan moral iaitu pendidikan yang dapat membina keyakinan, kefahaman, penghayatan, dan pengamalan nilai murni. Guru-guru pendidikan moral harus mengambil inisiatif untuk menarik minat pelajar dalam sesi pembelajaran dan pengajaran agar pelajar mengambil serius tentang nilai-nilai murni dalam kehidupan mereka.



SEAH YEE TENG
206428

Jumaat, 6 Ogos 2010

NILAI MORAL DIRI PELAJAR

Pembentukan dan pengukuhan peribadi mulia berlandaskan nilai-nilai moral selaras dengan norma masyarakat Malaysia ke arah memperkukuh kesedaran dan meningkatkan sahsiah diri terutamanya dalam kalangan pelajar. Nilai moral berkaitan diri pelajar ini merangkumi kepercayaan kepada tuhan, kebersihan fizikal dan mental, harga diri, kerajinan, hemah tinggi, kasih sayang, kesederhanaan dan kejujuran. Golongan pelajar harus mempraktikkan nilai-nilai moral yang mulia dalam usaha membentuk legasi pelapis untuk memimpin generasi masa hadapan.


JUMIATI BINTI AHMAD
206533

Khamis, 5 Ogos 2010

PERANAN IBU BAPA

Ibu bapa memainkan peranan yang penting untuk membentuk sahsiah diri anak-anak kerana anak-anak ibarat kain putih dan ibu bapalah yang bertanggungjawab untuk mencorakkan peribadi anak-anak mereka. Didikan moral harus bermula dari rumah,ibu bapa harus memupuk nilai-nilai moral dalam diri anak-anak sejak mereka kecil lagi. Dengan itu, anak-anak dapat mempraktikkan nilai-nilai moral kehidupan seharian mereka. Penerapan nilai-nilai moral seperti kasih sayang, hormat-menghormati, berhemah tinggi dan amanah dapat mengelakkan anak-anak daripada terlibat dalam gejala sosial seperti gengsterisme dan vandalisme.


PHILISSA ESTHER IAN ANAK JINOL
206362

Rabu, 4 Ogos 2010

PERANAN RAKAN SEBAYA

Rakan sebaya merupakan individu yang memainkan peranan penting dalam membentuk sahsiah diri seseorang. Hal ini dapat dilihat apabila seseorang itu berada di dalam kumpulan, pastinya tindakan majoriti ahli kumpulan akan mempengaruhi tindakan yang lainnya, sekiranya baik tindakan yang dilakukan maka baiklah sahsiah diri mereka dan sebaliknya.Jika pelajar tersebut tidak megikut kehendak ahli kumpulannya maka mereka akan dipulaukan.Kadang-kadang perasaan ingin mencuba atau tercabar dengan sesuatu tindakan menyebabkan pelajar mudah terpengaruh dengan ajakan tersebut. Justeru, rakan sebaya seharusnya menunjukkan sahsiah diri yang baik bagi mengelakkan diri dari terjebak dengan perkara-perkara negatif seperti menghisap dadah, melepak, mencuri dan sebagainya.


NOR SUHAILA BINTI MEHAD
206186

Ahad, 1 Ogos 2010

PERANAN NGO

Pertubuhan bukan kerajaan (NGO) telah memainkan peranan yang penting dalam membangunkan elemen moral dalam masyarakat masa kini. Hal ini kerana banyak pembiayaan dari pihak perseorangan atau institusi-institusi yang berkaitan disalurkan melalui NGO. Dalam bidang pendidikan moral, NGO telah memberi sumbangan dengan menganjurkan dialog dan seminar serta menyediakan dana yang mencukupi bagi memastikan para pelajar dapat didedahkan dengan pendidikan moral yang boleh menbentuk sahsiah diri serta peribadi akhlak para pelajar.


ONG HUI JUIAN
206169

MEDIA MASSA

Media massa juga memainkan peranan penting dalam membentuk sahsiah diri pelajar.Namun media massa juga memberi impak yang besar dalam mempengaruhi akhlak pelajar. Hal ini demikian kerana remaja masa kini lebih banyak menghabiskan masa dengan menonton televisyen dan juga melayari internet. Disamping televisyen dan internet, media cetak seperti buku dan majalah yang berbentuk ilmiah juga memainkan peranan dalam membentuk sahsiah pelajar.


NOR IZZAYANTI BT NORDIN
206185

KESIMPULAN

Kesimpulannya, didikan moral mampu menjadi wadah terbaik untuk melahirkan generasi yang lebih berkualiti dari segi ilmu pengetahuan dan keperibadian pelajar. Generasi yang berakhlak mulia akan memberi sumbangan kepada negara, bangsa dan masyarakat pada masa akan datang. Bak kata pepatah melayu "Meluntur buluh biarlah dari rebungnya", didikan moral seharusnya diterapkan dalam diri pelajar semenjak kecil lagi.Pihak kerajaan, masyarakat dan individu harus bergading bahu untuk merealisasikan hasrat yang ingin dicapai.


OOI MIN JIE
206176